Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 155 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

61  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0870.
Dari Usamah bin Zaid r.a, katanya: "Pada suatu hari, ketika kami sedang berada dekat Nabi saw., tiba-tiba datang seorang suruhan dari puteri Rasulullah saw. (Zainab binti Muhammad saw.) meminta Nabi saw. datang dan mengabarkan kepada beliau bahawa anak puterinya itu (cucu Nabi saw.) meninggal. Rasulullah berpesan kepada suruhan itu, sabdanya : "Pulanglah kamu, sampaikan kepadanya (Zainab) bahawasanya kepunyaan Allah jualah yang telah diambil dan diberikan-Nya. Segala-galanya telah ditetapkan Allah ajalnya. Kerana itu suruhlah dia bersabar dan menahan diri. Tidak berapa lama kemudian suruhan itu datang pula kembali seraya berkata, "Dia (Zainab) sangat mengharapkan benar semoga Rasulullah saw. sudi menjenguknya." Maka pergilah beliau beserta para sahabatnya, antara lain: Sa'ad bin Ubadah dan Mu'adz bin Jabal, serta aku sendiri, ikut pula bersama-sama mereka. Sesampai di tempat kematian (rumah Zainab), diberikan orang kepada beliau jenazah cucunya itu. Nafas beliau jadi deras tersendat-sendat seperti orang kepayahan, dan air mata beliau meleleh kerana menangis. Bertanya Sa'ad kepada beliau, "Mengapa ini, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ini adalah rahmat yang dijadikan Allah dalam hati setiap hamba-Nya yang pengasih."

62  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1589.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwuduk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).

63  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1967.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki Ansar kedatangan tetamu dan bermalam di rumahnya. Padahal dia tidak mempunyai makanan selain makanan anak-anaknya. Maka berkata dia kepada isterinya. "Tidurkan anak-anak dan padamkan lampu. Sesudah itu hidangkan kepada tetamu kita apa adanya." Kata Abu Hurairah. "Kerana peristiwa itu maka turunlah ayat: "Dan mereka lebih mementingkan tetamu dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan. (Al Hasyar. 59:9)

64  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1704.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang lelaki membeli sebidang tanah dari orang lain. Si pembeli mendapatkan sebuah tempayan berisi emas dalam tanah itu, lalu dikatakannya kepada si penjual, "Hai, Anu! Ambillah emasmu!" Jawab si penjual, "Aku telah menjual tanah itu kepada mu beserta segala isinya." Kerana itu mereka pergi kepada seorang hakim minta keadilan. Hakim bertanya, "Adakah Anda keduanya mempunyai anak?" Jawab yang satu, "Ada, aku punya anak lelaki." Kata yang lain, "Ada, aku punya anak perempuan." Kata hakim, "Kahwinkanlah kedua anak kalian itu dan belanjakan harta itu, untuk keperluanmu berdua dan sedekahkan sebahagiannya."

65  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1952.
Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a. katanya: "Rasulullah saw. pernah diberi minuman oleh seseorang, lalu diminumnya sebahagian. Di sebelah kanan beliau ada seorang anak muda remaja sedang di kiri beliau beberapa orang tua. Beliau bertanya kepada anak muda tersebut. "Engkau izinkankah aku memberi minuman ini kepada orang-orang tua itu." Jawab anak muda, "Tidak! Demi Allah, aku tidak akan mengalah kepada siapa pun terhadap baghaianku dari pemberian Anda." Lalu beliau berikan minuman itu kepada anak muda tersebut."

66  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2364.
Dari Hanzhalah Al Usaidi r.a. salah seorang juru tulis Rasulullah saw. - katanya: "Abu Bakar menemui ku lalu bertanya : Bagaimana engkau, hai Hanzhalah?" Jawab ku, "Hanzhalah munafik." Kata Abu Bakar, "Subhanallah! Apa katamu?" Jawab ku, "Kami baru saja belajar dengan Rasulullah saw. di mana beliau menerangkan kepala kami tentang neraka dan syurga sehingga kami seolah-olah melihatnya. Setelah selesai pengajian, kami pulang lalu kami berhadapan dengan isteri, anak-anak, dan kepentingan-kepentingan hidup sehingga kami banyak lupa (akan pengajian itu)." Kata Abu Bakar, "Demi Allah! Kami juga sering mengalami hal yang demikian." Lalu aku dan Abu Bakar pergi menemui Rasulullah saw. Aku berkata, "Telah munafik si Hanzhalah, ya Rasulullah!" Tanya Rasulullah saw., "Mengapa begitu?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kami belajar kepada Anda tentang neraka dan syurga sehingga kami seolah-olah melihatnya. Setelah kami pulang, kami berhadapan dengan isteri, anak-anak dan kepentingan hidup sehingga kami banyak lupa (pengajian itu)." Sabda Rasulullah saw., "Demi Allah, yang jiwa ku dalam kekuasaan-Nya! Seandainya engkau terus menerus berada dalam keadaan seperti ketika mendengar pengajian dari ku, iaitu selalu ingat (zikir) kepada Allah, nescaya malaikat menjabat tanganmu, biar di tempat tidur atau di jalan-jalan sekalipun. Tetapi, hai Hanzhalah! Keadaan itu memang demikian, sewaktu-waktu begini. dan sewaktu-Waktu begini. Beliau mengatakannya sampai tiga kali."

67  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2264.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Seorang perempuan datang kepada Nabi saw. membawa anaknya yang masih kecil. Lalu dia berkata kepada beliau, "Ya, Nabiyallah! Doakanlah anakku ini (semoga dia panjang umur). Aku telah kematian anak tiga orang." Tanya Nabi saw., "Engkau telah kematian anak tiga orang?" Jawab perempuan itu, "Betul, ya, Nabiyallah!" Sabda beliau, "Sesungguhnya engkau telah didinding dari neraka dengan dinding yang kuat."

68  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2258.
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan miskin datang kepada ku membawa dua orang anak perempuannya. Maka ku beri dia kurma tiga buah. Lalu perempuan itu memberi anaknya masing-masing sebuah. Sedang yang sebuah lagi diangkat ke mulutnya hendak dimakannya sendiri, tetapi diminta oleh kedua anaknya. Maka dibelahnya kurma yang hendak dimakannya itu lalu diberikannya kepada kedua anaknya, seorang sebelah. Aku kagum menyaksikan perempuan itu, lalu ku ceritakan apa yang telah diperbuatnya itu kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan syurga baginya, atau Allah Ta'ala membebaskannya dari seksa neraka."

69  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1695.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan, pernah datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya: "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila kua mbil hartanya tanpa setahunya. Berdosakah aku berbuat seperti itu?" Jawab Rasulullah saw., "Boleh kamu ambil sekadar perlu untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu."

70  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1727.
Dari Ash Sha'bi bin Jatsuiamah r.a., katanya: "Nabi saw. ditanya orang mengenai anak-anak orang musyrikin yang terbunuh ketika terjadi serangan malam. Maka terbunuh di antaranya wanita-wanita dan anak-anak mereka. Jawab beliau, "Mereka itu termasuk musuh."